Saturday, February 21, 2009

Part III: 14 Feb 2009, sabtu, misi menawan puncak Low's peak 4096meter dari kawasan Laban Rata

Sebaik mengemas barangan masing-masing, mandi (untuk kali terakhir di kawasan Kinabalu) dan memakan bekalan-bekalan makanan pada petang 13Feb2009, kami pun bersedia untuk tidur. Tepat pukul 8pm, lampu ditutupkan untuk berehat sehingga 1.00am dan memulakan perjalanan pendakian semula pada 2.00am.

Saya kelihatan kurang berpengalaman, sehingga saya gagal mengenali apa sebenarnya yang dipanggil sleeping bag dan tidak berusaha untuk mencari sleeping bag pada fasa terakhir persediaan. Dikawasan Laban Rata, selimut sahaja tidaklah mencukupi, kita memerlukan sleeping bag, selimut tebal, jeket , seluar panjang, cap dan juga stokin untuk tidur dengan selesa. Sebagai penyelesaiannya, saya memakai baju lengkap mendaki awal-awal lagi (termasuk kasut).

Dalam sekejap masa, saya mula mendengar bunyi denguran dari kawan-kawan saya. Mereka cukup selesa, memandangkan mereka mendapat suhu yang sesuai untuk tidur. Lain pula dengan saya, saya tidak dapat tidur dengan selesa. Kerana saya berada diposisi yang sangat mudah untuk kesejukan, iaitu dekat dengan pintu dan dinding rumah. Tingkat atas bagi katil dua tingkat ialah tempat paling mudah untuk mendapat haba dari heater, ini mudah difahami kerana udara panas bergerak ke arah atas disebabkan kurang tumpat berbanding udara lagi sejuk.

Sebaik jam menunjukkan 1.00am, kami pun bersedialah untuk memakai pakaian mendaki gunung dan bergerak ke restoran Laban Rata untuk menikmati makanan pemanas badan dan juga untuk mengambil bekalan air minuman. Sebaik sampai ke restoran tersebut, saya dapati restoran tersebut sudahpun sibuk. Kesemua pelancong-pelancong lain dengan pakaian yang lengkap sudahpun berada disana.

Pelayan restoran : "kamu semua pigi sana hujung" ( sambil membawa kami ke satu penjuru paling kanan dari pintu masuk restoran.)

Kami dilayan sedikit unik, saya kurang pasti apa yang sedang berlaku. Kami diberikan makanan-makanan percuma oleh pelayan restoran. Ini suda pasti kepakaran kepten kami, Kuai, punca segalanya jadi sedemikian.

Saya, Well, Tomkurus, Alvin, Kuai dan Zi, ialah orang yang berada disana. Kami menunggu mereka yang lain untuk turut serta menjamu hidangan percuma, epal, oren dan juga kek coklet (yang masih saya ingat). Tapi malangnya mereka tidak sampai. Mereka sebenarnya juga sedang menjamu makanan, cuma ditempat lain. Dan sangkaan kami mereka sangat perlahan untuk bersedia dengan pakaian terbukti meleset.


Pada pukul 2.00am, kami 14 orang (seorang tarik diri) berkumpul sebentar diluar kaki lima Laban Rata bersama guide kami, lalu mendengar beberapa hal yang disampaikan oleh guide. Tidak lupa juga kami membuat sesi bergambar untuk pertama kali dengan pakaian lengkap pendaki. Pakaian ini bukan lagi sekadar T-shirt, tapi pakaian sejuk lengkap. Kerana suhu sudahpun berada rasanya dibawah 10darjah celcius (anggaran). Wap air dari hembusan nafas mudah kelihatan pada masa ini.

Kesemua ahli kumpulan nampaknya berada dalam keadaan yang baik, tetapi lain pula dengan saya. Badan saya mengeletar kesejukan dan muka saya kelihatan tidak sehat. Apa yang dinyatakan oleh doker bahawa badan saya mudah kesejukan ternyata sangat-sangat benar. Tekanan mental yang cukup tinggi mula memaksa saya untuk berterus terang kepada mereka. Bahawa saya sebenar-benarnya dan sejujur-jujurnya ingin tamatkan misi pendakian saya. Tahap kesejukan yang saya alami tidak mustahil untuk seseorang itu mati. Ini benar untuk saya, tapi nampaknya tidak untuk kawan-kawan yang lain.

"success mean presistent " dan "leadership mean know when to retreat" ialah dua kata pepatah motivasi yang berlawan kuat dalam kepala saya. Mentaliti klasik lelaki juga bermain kuat dalam kepala saya, "saya lelaki, malu untuk kalah sama pendaki perempuan". Dan akhirnya saya memilih untuk meneruskan pendakian. Tiada siapa yang tahu delema yang saya hadapi, melainkan saya sendiri.

Kuai membawa kami untuk memegang tangan dalam bentuk bulatan lalu berkata.

"Kuai : ok, tidak kira apa fahaman agama kamurang, mari kita pegang tangan semua dalam bulatan sekejap dan kita ambil masa untuk berdoa masing-masing." (dengan nada yang serius)

Sebaik masa untuk berdoa dalam hati masing-masing selesai, kamipun dengan didahului oleh guide bergerak meneruskan pendakian. Hampir kesemua kami membawa lampu sulu masing-masing atau berkongsi. Dari pemerhatian saya, rasa-rasanya kami ialah pasukan pertama bergerak pada pagi malam itu. Langkah demi langkah saya bergerak, akhirnya badan saya berjaya untuk mengurangkan kesejukan membunuh tadi.

Kawasan selepas Laban Rata jauh lagi condong berbanding sebelumnya. Untuk dibuat anggaran, jika sebelum laban rata berada pada kecondongan 40 ke 50 darjah, selepas Laban Rata ialah kecondongan 50 ke 60 darjah. Perjalanan sekitar 1 jam atau lebih sedikit, akhirnya membawa kami ke arah kawasan hampir keseluruhannya batu. Kerana sebelum ini, perjalanan kami ialah kawasan gunung yang diliputi oleh pokok-pokok renek.

Kawasan batu ialah bukti kami berada di kawasan yang suda cukup tinggi. Saya dapat rasakan pertambahan tahap kesejukan yang mendadak dikawasan ini. Satu disebabkan pokok renek untuk menghalang tipuan angin suda tiada dan satu lagi disebabkan batu itu sendiri sejuk.

Fasa diantara kawasan pokok renek dan kawasan majoriti batu terdapat tali putih diameter 5cm yang kuat untuk pendaki memegangnya. Kecondongan rasanya mungkin pada 60 darjah ke 80darjah. Pendaki-pendaki berhenti sekejap untuk menunggu giliran melepasi kawasan condong. Tali dipasang tidaklah 90 ke arah atas , melainkan sekitar 70darjah condong ke arah kanan. Pergerakan pendaki ialah dari sisi ke sisi ke arah atas yang condong.

Sebaik fasa tadi berakhir, kami sudapun berada dikawasan batu sepenuhnya. Kini kecondongan bertambah sedikit berbanding sebelumnya. Tangga sudahpun tiada dikawasan ini, kini hanya tali yang disediakan untuk membantu pergerakan pendaki. Tali ini ada beberapa fungsi yang saya dapat fikirkan, sebagai tempat untuk pendaki memegangnya (majoriti tempat lagi mudah bergerak tanpa memegangnya) dan juga sebagai panduan perjalanan ke arah puncak.

Cuaca sangat baik pada malam itu , tiada kabus dan awan dilangit, angin bertipu pada kadar serhana dan cahaya bulan berada pada fasa penuh. Ini membuatkan mereka yang terlupa membawa lampu suluh, terpadam lampu suluh (saya) , memilih untuk tidak memakai lampu suluh (banyak kawasan 2 tangan diperlukan untuk mendaki) boleh memilih untuk bergantung kepada cahaya bulan.

Sekali lagi, pasukan kami berpecah kepada 3 kumpulan, cepat, sederhana dan perlahan. Dan saya berada dikumpulan sederhana dan seterusnya perlahan. Pendaki yang paling lama bergerak bersama saya ialah lumis. Pada asalnya kami tidak mengetahui yang kami berdua ada kondisi badan yang sama, iaitu rendah motabolisma.

Perjalanan pada masa ini, bukan lagi perjalanan dengan kekuatan sepenuhnya. Kerana keletihan dari fasa pendakian Timpohon ke Laban Rata masih belum pulih sepenuhnya. Saya bersama lumis dan ditemani oleh Bopp (akhirnya memilih untuk bergerak lagi pantas) bergerak sangat-sangat perlahan, dan sekali sekala meminum dan memakan coklet. Jika anda tahu bagaimana warga tua umur 80tahun bergerak, rasanya beginilah kadar kelajuan yang kami pilih.

Selepas melepasi pondok sayat-sayat, kami dipintas oleh pasukan dari Jepun yang jauh lagi tua berbanding kami. Kini, hampir kesemua pendaki sudahpun memintas kami. Saya masih ingat bagaimana nenek tau perempuan jepun dalam lingkungan umur 60an juga berjaya memintas kami. Kami terbukti tidak langsung berminat untuk fikir mengenai kepantasan melainkan hanya destinasi.

Antara kesemua pendaki yang saya masih ingat, saya paling kelucuan dengan satu pasangan muda Cina dari semenanjung (dikenali dari slang melayu mereka). Saya berbisik dalam hati saya kepada mereka, "Apa kamu ingat mau berromantik valentine atas puncak kah, masih romantik kah sekarang?". Apa yang sangat lucu bukan pasal kepenatan sebenarnya, tapi disebabkan membebel(sama guide) tidak akan mengubah apa-apa disini. Terus bergerak, ini apa yang mengubah.

Langit semakin terang, lalu saya pun memberi tanda untuk bergerak lagi pantas kepada lumis. Tapi saya juga faham target untuk sampai ke puncak sebelum sunrise ialah tipis bagi kami. Kami suda jauh ketinggalan berbanding majoriti pendaki lain pada malam itu. Dibelakangi kami cuma terdapat beberapa orang.

Jika anda ingin mengetahui perjalanan dilantai berbatu seluas mata memandang dan sejuk tersebut, cuma fikirkan begini. Anda bergerak ke satu destinasi hujung mata memandang , hanya untuk mengetahui masih wujud destinasi sejauh mata memandang lagi dan seterusnya. Keadaan ini cukup untuk membuat orang yang lemah semangat hilang kawalan fikiran.

Rasanya saya perlu mengkongsikan satu informasi(privasi) yang penting yang biasanya kurang penting dikawasan tanah rata. Apa perlu dibuat jika anda ingin membuang air besar atau air kecil di atas gunung berbatu tersebut?. Cari tandas?, tandas tiada. Tahan kencing? baik jangan. Tandas paling terakhir ialah di Sayat-Sayat atau di KM7 dari perjalanan 8.5KM ke puncak. Tandas sayat-sayat mungkin bole dijadikan joke sebagai tandas tertinggi di Asia Tenggara.

Saya terasa untuk membuang air kecil dan mengetahui tiada tandas lagi dikawasan itu. Keep it simple, saya pergi ke arah 200meter menjauhi laluan pendaki atau hilang dari pandangan orang kemudian membuang air kecil di tempat itu. Mencari tempat privasi tidaklah sukar, memandangkan banyak lubang lantai-lantai batu yang mampu menyembunyikan kita. Sebaik badan berasa sedikit selesa, saya pun meneruskan perjalanan. Langit semakin cerah dan akhirnya dipendekkan cerita. Saya dengan lumis berjaya mendaki sampai ke puncak.

Sebelum sampai ke puncak (anggaran 4050m ke 4096m), ada satu perkara sedikit lucu saya dan lumis lakukan. Kami ingin membuat shortcut, tapi shortcut yang dicadangkan oleh guide (kami yang dahulu bertanya), ialah shortcut condong yang tidak selamat dan tidak bertali. Saya hampir terjatuh dikawasan itu. Andai kata saya terjatuh, rasanya bole cecah ketinggian 3meter terhempas juga.

Sewaktu berada dipuncak, cahaya mathari sudahpun terang. Jam sudahpun menunjukkan pukul 7.00am. Saya dan juga lumis disambut dengan salam oleh rakan sekumpulan yang sudahpun sampai jauh lagi awal berbanding kami. Bahkan saya dapat pastikan, saya dan lumis ialah pendaki paling terakhir berjaya ke puncak pada hari tersebut. Memandangkan orang yang lagi belakang tidak kelihatan sampai ke puncak.

Cahaya matahari sangatlah terang, ini disebabkan langit pada masa itu tidak terdapat sebarang awan dan juga kabus. Saya memakai eyeglass anti-ultraviolet untuk menggurangkan silau. Sunburn ialah perkara yang biasa jika kita mendaki diatas Kinabalu. Ini bukan disebabkan oleh panas(puncak kinabalu sejuk), tapi ini disebabkan oleh gelombang tenaga cahaya yang lagi bertenaga kerana kurang ditapis oleh molekul-molekul diudara berbanding dikawasan lagi rendah yang sudahpun ditapis oleh lapisan molekul udara lagi banyak dan lagi tebal.

Sesi bergambar dibuat bersama kesemua pendaki yang berjaya. 12 orang kesemuanya kecuali 3 orang yang memilih untuk menamatkan pendakian ke puncak. Kami bergambar bersama dengan sepanduk yang dibuat oleh Sumpit dan sesi bergambar dibantu oleh guide. Sebaik selesai sesi bergambar, lalu kamipun bergerak lagi. Salah satu kebaikan sampai dipuncak lagi awal ialah masa berehat yang lagi panjang sebelum turun semula. Nampaknya saya dan lumis terlepas masa panjang untuk berehat.

Pendaki terakhir dalam perjalanan turun ke bawah nampaknya saya dan lumis lagi. Guide sengaja menjadi orang paling terakhir dibelakang kami kerana perlu mengikuti prosedure. Saya dan lumis sempat untuk bercerita sekejap dengan salah sorang dari guide. Kami memberitahu guide tersebut yang dalam lingkungan umur akhir 30an, bahawa kumpulan kami ialah kumpulan yang baru sahaja berkenalan dari internet. Dan antara saya dengan lumis baru sahaja kenal kurang dari beberapa hari. Expresi muka guide ketara kelihatan seperti menyatakan kami ialah pasukan yang sangat unik. Jika guide ingat kami ialah pasukan sedia kenal, maka mereka salah. Seronok pula jadi orang yang unik.

Sekarang, baju pendaki tidak wajip lagi dipakai. Lumis membuka pakaian sejuknya dan tinggal pakaian biasa lagi. Matahari cukup terang pada masa kami menuruni gunung. Saya dan lumis bergerak perlahan untuk mengambil sebanyak mungkin gambar-gambar. Tapi sedikit masalah dengan kamera lumis, persekitaran yang sangat sejuk sebelumnya membuatkan kamera DLSR lumis sedikit malalah, kadar untuk "error" setiap kali kamera ditekan sangatlah tinggi.

Ini merupakan masa dimana dunia tu seolah-olah cuma ada Lumis dan Felix sahaja. Disekeliling kami tiada siapa-siapa melainkan kami berdua. Kesemua pendaki lain sudahpun turun dan guide jauh di belakang kami. Sebaik kami sampai ke pondok Sayat-sayat, petugas mencatat nombor kami berdua, mungkin sebagai procedure untuk memastikan kesemua pendaki tiada yang masih tertinggal di kawasan puncak. Lumis bertanya kepada petugas Sayat-sayat, "kami orang terakhir kah?". Lalu petugas memberitahu, "ya, tapi biasa bah macam gini", sama seperti yang sudah kami jangkakan.

Langkah demi langkah kami bergerak, kini kami sudahpun sampai ke kawasan pohon-pohon renek. Dalam masa saya dan lumis sangat kepenatan, kami ternampak pula satu pasukan sekitar 4 atau 5 orang sedang menaiki gunung dari kawasan curam ala-ala movie "Vertical Limit". Cukup membuatkan saya terkejut, memandangkan jika menaiki tangga pun majoriti orang sangat-sangat keletihan, bagaimana pula dengan mendaki gunung cara "Vertical Limit". Sudah tentu lagi memerlukan tenaga. Lalu saya berbisik kepada diri sendiri, "lain-lain orang lain-lain badan". Maksudnya memang wujud orang yang kuat untuk sekian-sekian aktiviti dan setiap orang itu unik.

Dipendekkan cerita, saya dan lumis pun sampai lah ke kawasan Laban Rata pada pukul 11.ooam. Bayangkan perjalanan, 2.00am naik atas, 7.ooam sampai puncak dan 11.00am sampai balik ke kawasan Laban Rata. Pada masa tersebut saya dan Lumis tahu kami tiada masa untuk berehat panjang. Mengikut procedure, hari ini ialah untuk pendaki hari ini. Dan pendaki yang sampai kelmarin perlu turun untuk memberikan ruang rehat kepada pendaki baru. Saya dan Lumis terus ke Restoran Laban rata untuk menjamu sedikit hidangan. Pada masa itu restoran sudahpun dalam fasa untuk membersihkan restoran. Masa operasi direstoran Laban Rata cukup berbeza berbanding operasi restoran di tempat-tempat lain pelancongan.

Sebaik sampai ke restoran Laban Rata, saya membuka keseluruhan baju panas pendaki untuk berehat dimeja. Mungkin ini ialah kesilapan saya, kerana menyebabkan badan saya terdedah dari panas terus kepada sejuk secara mendadak. Badan saya jatuh demam dengan sangat-sangat cepat. Dan badan saya terasa bagaikan hampir mati. Demam pada masa ini jauh lagi teruk dari apa-apa deman yang saya pernah hidapi selama saya ingat.

Pada masa itu, semeja dengan saya ialah Lumis, Kuai, Gurangak, Sumpit & Zi (sedikit lupa memandangkan saya sakit pada masa itu). Kuai cuba untuk memberikan saya sedikit panadol, tapi terlebih dahulu Kuai perlu pastikan saya makan sedikit makanan (meggi dan nasi). Saya memaksa diri dan akhirnya sedia untuk memakan panadol. Panadol masih tidak cukup untuk memulihkan badan saya.

Masa untuk bergerak ke kawasan penginapan untuk berkemas turun. Saya pergi ke penginapan dan perlahan-lahan mengemas barang. Sebaik saya mengemas barang, saya meminta bantuan kawan-kawan untuk mencari porter. Demam terjadi desebabkan badan keliru samada untuk menyesuaikan diri kepada kesejukan atau kepanasan, dan ia bole diselesaikan jika badan kita tidak keliru dengan suhu. Saya bergerak ke kawasan rumput terbuka untuk membaringkan diri dan membiarkan diri terdedah langsung kepada cahaya matahari sekitar pukul 12.00pm. Cara gini betul-betul berkesan, dan akhirnya saya pun sempat untuk memulihkan badan saya jika tidak sepenuhnya tapi pulih untuk cukup bergerak.

Sekitar 12.15pm, saya dan kawan-kawan pun bergerak menuruni gunung. Sebahagian dari mereka sudapun lama bergerak turun ke bawah. Pecahan ini ialah, saya, sumpit, lumis, bopp, pini(sakit kaki) & zi(sakit kaki).

Thursday, February 19, 2009

Part II: Expidisi gunung Kinabalu bersama kawan-kawan blogger (versi cerita panjang)

Chapter 11: 13 Feb 2009 jumaat, fasa awal dari Timpohon ke kawasan Laban Rata

Saya memulakan langah pertama saya melepasi gerbang pondok Timpohon dan perlahan-lahan bergerak ke satu bakal destinasi yang dipanggil Laban Rata yang terletak lebih kurang 6km dari pondok Timpohon.

Terdapat satu papan berdekatan dengan Timpohon yang mencatatkan kelajuan peserta dalam pertandingan tahunan mendaki gunung Kinabalu iaitu Climbaton. Jika dilihat dari rekod kelajuan mereka, seolah-olah mendaki gunung ialah satu hal yang mudah. Betul kah ia mudah untuk dilakukan?, kami bakal mengetahuinya dalam beberapa jam kemudian.
Memandangkan saya bukan pertama kali terlibat dalam expidisi mendaki gunung Kinabalu, maka saya sangat jelas memahami bahawa rekod pada papan tanda tersebut bukanlah dalam kemampuan pendaki biasa untuk mencabarnya.

Pondok mula pendakian iaitu Timpohon.


Kesemua kami iaitu sebanyak 15 orang ditambah dengan beberapa guide dan porter, mula bergerak dengan rapat dalam satu kumpulan pada kelajuan yang perlahan agar dapat mengelak keletihan yang melampau. Tapi masa demi masa jurang perbezaan jarak semakin membesar, sehinggalah wujud 3 kumpulan berasingan dalam kumpulan kami yang kesemuanya berpakaian t-shirt merah
kecuali guide dan porter.

Kumpulan yang dapat bergerak pantas yang kesemuanya lelaki berada dibahagian depan, kumpulan yang dapat bergerak sederhan cepat yang terdiri dari beberapa lelaki dan perempuan mengekori pasukan paling cepat tersebut. Dan kumpulan yang bergerak agak perlahan iaitu beberapa orang dari kami, mengekori kami dari belakang. Perbezaan jarak yang semakin melebar akhirnya memisahkan kami sekaligus daripada pandangan masing-masing mengikut kumpulan. Apa yang pasti, guide sentiasa berada dipaling hadapan, dipaling belakang dan juga ditengah-tengah kami.

Perbezaan kelajuan tersebut tidaklah 100% disebabkan oleh keupayaan fizikal. Kerana, ada yang memilih untuk bergerak sedikit perlahan untuk mendapat peluang megambil lagi banyak gambar menggunakan kamera DSLR.
Ada yang langsung tidak berminat dengan idea "siapa dulu sampai", dan ada juga yang lebih mengutamakan keadaan fizikal untuk sentiasa berada pada keadaan yang baik.

Apa yang pasti, saya jauh dari meminati idea "siapa dulu sampai", sebab sebelum ini pada tahun 1998 saya sudahpun menggunakan idea tersebut dan ianya hanya menyakitkan lebih banyak bahagian otot-otot jika dilakukan. Mungkin ini tidak benar untuk sebahagian orang, tapi ia cukup menyakitkan badan bagi saya.

Disebabkan wujud pecahan kumpulan disebabkan kelajuan, maka setiap kumpulan mempunyai cerita pendakian mereka yang tersendiri. Saya tidak tahu apa hal yang berlaku secara terperinci bagi mereka yang berada dibahagian depan, dan saya juga tidak mengetahui secara terperinci hal yang berlaku bagi mereka yang berada dibelakang kami. Apa yang saya tahu, hanyalah hal pendaki yang berada dipecahan kumpulan kami. Namun, sedikit sebanyak maklumat kami sentiasa perolehi hasil daripada aktiviti saling menghubungi antara satu sama lain
menggunakan handphone. Talian telefon bimbit nampaknya tiada masalah sepanjang perjalanan dari Timpohon ke Laban Rata.

Maka ini ialah cerita pendakian spesifik kepada kumpulan yang berada dipecahan tengah.



Chapter 12: 13 Feb 2009 jumaat,
fasa pertengahan dalam pendakian Timpohon ke kawasan Laban Rata

Ini ialah mereka yang berada digroup tengah-tengah. Kumpulan ini tidaklah sentiasa tetap, sebagai contoh bopp berjaya bergerak dari team paling belakang untuk menyertai pecahan team tengah-tengah. Dan saya sendiri ialah orang yang pada akhirnya masuk dikumpulan paling slow atas pilihan saya sendiri.


Sukar untuk saya mengingati secara tepat siapa teman pecahan tengah yang berada lama dengan kami, memandangkan ada yang mampu untuk bergerak lagi kehadapan pada akhirnya, dan ada juga yang memilih untuk mengikuti pasukan paling belakang akhirnya. Apa-apapun pengalaman lucu dan menarik dipecahan kumpulan ini tetap mudah untuk dikenang.

Cuaca pada pagi tersebut sangatlah cerah, tiada sedikitpun tanda-tanda hujan bakal turun untuk hari tersebut. Ini merupakan berita baik untuk kami dan guide sendiri memberi kepastian akan perkara tersebut. Meskipun bernasib baik dengan cuaca pada hari tersebut, kami tetap tidak lari dari masalah kepenatan.

Gambar peta bagi trek menaiki gunung. Kami menggunakan laluan Timpohon. Dan bakal berehat sekejap di kawasan Laban Rata Resthouse. Tapi bagi pasukan kamu, kami diurus untuk tinggal dikawasan perumahan staff.


Selama dalam perjalanan dari Timpohon ke kawasan Laban Rata, kemeriahan kami jelas kelihatan. Kami saling mengusik antara satu sama lain, bercerita hal hal no-brain-topic, membuat sesi bergambar dengan gaya-gaya tersendiri, mengambil gambar alam semulajadi, makan megi mentah, makan coklet dan biskut, mendengar radio yang dimainkan oleh Andy aka Gurangak menggunakan handphonenya, bertegur sapa dengan pelancong-pelancong lain, berhubung dengan orang jauh (line telefon ok). Bahkan sempat juga kami menari sumazau & tarian poco-poco (spontan tak dirancang) bermuzikkan lagu yang datangnya dari hendphone si Andy aka gurangak.

Tidak dilupakan juga pengalaman unik seperti berpeluang memberi makan kepada tupai-tupai semasa berada didua kawasan pondok selama dalam pendakian. Tupai-tupai tersebut sangatlah jinak, sehingga tupai-tupai tersebut tidak takut untuk merebut makanan yang dihulurkan di tangan kami.
Kami juga terserempak dengan salah sorang dari guide yang membawa seekor anak tupai terbang comel yang dijumpainya terjatuh.

Pondok Lowi merupakan tempat terdapatnya paling banyak tupai dalam perjalanan ke atas. Jika anda berada di kawasan ini, sediakan makanan kerana tupai-tupai suda terlebih dahulu menunggu.







Tupai jinak yang berada di Pondok Lowi.













Ini ialah anak tupai terbang yang diselamatkan oleh guide. Kami berpeluang untuk memegang tupai tersebut.











Chapter 13: 13 Feb 2009 jumaat,fasa terakhir dalam pendakian Timpohon ke kawasan Laban Rata.

Pada fasa terakhir perjalanan iaitu dari sekitar pondok Villosa ke pondok Paka dan seterusnya ke kawasan rehat Laban Rata, disini merupakan tempat majoriti pendaki kehabisan tenaga. Tidak heran jika pada kawasan ini, ramai yang cuma mampu bergerak sekitar 10 meter dan berhenti untuk berehat dan seterusnya bergerak 10 meter lagi dan berehat kembali.

Bahkan, ramai juga yang menghadapi tekanan mental dan fizikal disini. Ramai yang terfikir, alangkah baiknya jika ada helikopter untuk membawa mereka keluar dari kawasan itu, dan banyak juga yang mula merungut kenapa mereka memilih untuk mengikuti expidisi yang menyeksakan tersebut.


Untuk bercakap jujur, saya juga terfikir benda-benda seperti begini. Saya merungut kenapa saya mengikuti expidisi tersebut, sedangkan ada banyak lagi kawasan pelancongan tanah rata lain yang jauh lagi mudah. Saya berpisah daripada pasukan tengah dan mengambil masa rehat lagi lama sehingga menyertai pasukan paling belakang.

Dikawasan ini, jarak 10 meter jauh berbeza dengan
jarak 10 meter yang kita kenal dikawasan tanah rata. Pada kecondongan tanah kebanyakkannya 40darjah dari garisan horizontal, itu merupakan kecondongan yang patut dilalui oleh setiap pendaki.

Dengan usaha untuk terus melangkah perlahan-lahan, akhirnya kamipun (Saya, Lumis) sampai lah ke kawasan rehat Laban Rata. Disini, kami terus menghala ke kawasan restoran Laban Rata yang terletak ditingkat satu bangunan tersebut. Majoriti dari pasukan kami sudahpun sampai lebihkurang 1 jam sebelum saya dengan Lumis tiba ke restoran tersebut. Kini hanya tinggal 3 orang lagi yang belum sampai.

"Nokurogia : panat butul ehh, mati saja tidak ni. (dengan raut muka maksimum penat)"

Ini lah rungutan saya sebaik tiba ke meja tempat kawan-kawan lain menjamu hidangan mereka. Saya dengan lumis diberi menu makanan lalu mengambil order makanan. Ada banyak pilihan makanan dalam menu tersebut, tapi kesemua makanan berharga RM15 atau RM20, dan kesemua minuman berharga RM5.

Restoran tersebut penuh dengan pelancong pelbagai negara. Dan saya masih mengingati rupa-rupa pendaki wastern yang dengan mudah memintas kami dalam perjalanan tadi, mereka rata-ratanya jauh lagi cepat berbanding pendaki lain.

Sebaik selesai menghabiskan makanan, kami sekumpulan pun bergeraklah ke arah rumah staff yang hanya terletak lebihkurang 15meter dari rumah rehat Laban Rata. Disinilah tempat pasukan kami akan bermalam pada malam ini, sebelum memulakan semula pendakian pada pukul 2.00am tarikh berikutnya, 14Feb2009. Jam menunjukkan masa sudahpun 6.00PM dan suhu dikawasan tersebut berada pada purata 12darjah celcius.

Wednesday, February 18, 2009

Part 1: Expidisi gunung Kinabalu bersama kawan-kawan blogger (versi cerita panjang)

Pengenalan
Sedikit dokumentari mengenai expidisi Felix
Gim aka nokurogia, bermula daripada sesuatu yang dirancang secara online dan akhirnya berakhir kepada satu expidisi pendakian gunung Kinabalu pada 14 Feb 2009 bersamaan hari valentine. Satu pendakian yang dilakukan bersama-sama dengan serombongan teman-teman baru yang juga merupakan sekumpulan blogger Sabahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Chapter 1: Cadangan San


Segalanya bermula pada Sep 2008. Pada waktu tesebut,salah seorang dari blogger Sabahan antara paling aktif saya kenal telah membuat satu artikel
mengenai cadangan untuk mendaki gunung Kinabalu. Beliau ialah San, iaitu admin bagi blog http://www.piasau.com

Sambutan dari cadangan tersebut sangatlah baik, dan saya tanpa melengahkan masa terus membuat online booking untuk penerbangan AirAsia sebaik tarikh yang jelas mengenai masa pendakian telah diumumkan, 14 Feb 2009. Hanya RM200, itulah harga tiket jika kita membuat tempahan awal.



Ini bukanlah kali pertama saya melakukan sesuatu aktiviti yang dimulai dari alam siber, tapi saya sebenarnya telahpun beberapa kali membuat aktiviti sebegini. Bezanya, ini ialah kali pertama saya bakal bertemu dengan sekumpulan kenalan-kenalan online dan bukan sekadar seorang dua.

Selama beberapa bulan tersebut, saya hanya memberitahu beberapa kawan rapat mengenai rancangan saya untuk menaiki gunung Kinabalu. Dan akhirnya saya mengetahui yang sebenarnya, ada lebih dari cukup kawan-kawan yang lain juga teringin sangat untuk mencoba mendaki gunung Kinabalu. Sehingga ada beberapa dari mereka meminta peluang untuk disertakan jika masih terdapat ruang untuk menyertai expedisi tersebut. Tapi malangnya, penyertaan sudahpun penuh.

Persediaan fizikal tidaklah dirancang secara sistematik. Saya hanya berharap kepada stamina yang saya dapat hasil dari aktiviti bermain futsal yang rata-ratanya 6 kali sebulan dan aktiviti jogging yang rata-ratanya 8 kali sebulan sahaja. Itupun pada bulan Dec 2008, saya bole katakan ialah bulan kurang stamina dan banyak makan bagi saya.

Memandangkan pada awal tahun 1998, merupakan pengalaman pertama saya mendaki gunung Kinabalu, maka saya sangat-sangat faham yang stamina bukanlah isu remeh untuk expidisi ini. Jika kita tidak memperbaiki tahap persediaan fizikal kita, maka kita terpaksa tanggung sendiri akibatnya. Ini ialah peraturan tidak bertulis yang konsisten mengenai pendakian gunung kinabalu.

Selama beberapa bulan selepas Sep 2008, segala persediaan dan kemaskini mengenai expidisi tersebut hanyalah sederhana, tapi ini bukanlah isu besar bagi saya. Sebab saya sangat percaya mereka tahu bagaimana untuk mengurus segala persediaan yang patut.

Chapter 2: Kesihatan saya

Pada awal bulan Jan 2009, tanpa dirancang saya berkenalan dengan seseorang, sehingga saya berpeluang untuk menjalani pemeriksaan fizikal untuk mengetahui keadaan fizikal saya secara keseluruhan. Pada suatu pagi, saya pergi ke satu klinik berdekatan dengan restoran McDonal di kawasan Sunway Mentari. Klinik tersebut bersedia untuk membuat health screening untuk saya.

Wayar untuk mengalirkan elektrik telah disentuh di 12 kawasan semuanya di pergelangan tangan kiri dan kanan saya dan pergelangan kaki kanan dan kiri saya. Sebaik pengambilan data telah dibuat, maka kami pun menunggu selama 15minit untuk data tersebut diproses secara online.

Keputusan diagnostic telahpun siap, kini dokter tersebut memberi penerangan mengenai kesihatan saya secara umum. Keputusan tidaklah cemerlang, tapi tidaklah juga buruk. Dokter puji tahap tenaga saya dan juga muscle saya berada pada kondisi paling patut dan sempurna. Cuma satu benda yang sangat-sangat kurang. Kadar metabolisme saya berada pada tahap maksimum slow. Rating 1 untuk metabolisme speed, rating 7 untuk metabolisme sempurna, dan rating 14 untuk metabolisme maksimum slow. Dan saya dapat rating 14 untuk metabolisme.

Saya tidak dapat menerangkan dengan baik hal-hal kesihatan tersebut, memandangkan saya jauh dari mempelajari hal-hal kesihatan secara serius dan mendalam. Saya hanya ingat satu benda dari apa dokter cakap, "Felix, kau mudah untuk kesejukan dikawasan sejuk". Harga untuk screening tersebut hanyalah RM135 dan ada orang tolong bayar untuk saya, terima kasih saya ucapkan.

Dalam gambar ini, jelas membuktikan apa yang dikatakan oleh dokter benar. Saya kelihatan sangat-sangat mudah untuk kesejukan berbanding mereka yang lain.



Chapter 3: Persediaan dan kemaskini expidisi mula rancak

Memandangkan bulan Jan 2009 suda hampir tamat dan kejap lagi bakal memasuki bulan Feb 2009. Maka saya mula bertanya sendiri mengenai update expidisi tersebut secara online. Saya mula bertanya kepada San dan hanya mengetahui yang San tidak dapat menyertai expidisi tersebut kerana beliau ada tanggungjawap lain dan berlaku konflik tarikh. Dan akhirnya saya bertanya kepada Kuai atas panduan San, dan Kuai iaitu orang yang mengurus hampir keseluruhan expidisi ini. Saya sedikit keliru, siapa cadang dan siapa urus sebenarnya, tapi saya rasa itu bukan isu yang penting untuk saya ketahui.

Siri berbalas e-mail mula rancak, satu per satu update mengenai expidisi mula saya dapat di akaun gmail saya. Dan bayaran secara online menggunakan Maybank2u pun dibuat setiap kali wujud apa-apa yang patut dibayar. Kuai melakukan tugas dengan cukup baik, kini saya tidak lagi keliru. Apa yang saya tahu, Kuai sudahpun buat orang seperti saya hanya perlu mengikuti apa yang telah dirancang.

Kerana segalanya mula jelas, maka saya tingkatkan aktiviti jooging saya sedikit lagi kerap berbanding bulan-bulan sebelumnya.


Chapter 4: Persediaan Akhir

Setiap orang mempunyai beberapa sifat buruk, begitu juga dengan saya. Saya selalu anggap saya sentiasa cukup masa untuk menyediakan peralatan-peralatan yang patut. Dan akhirnya saya mengetahui mencari peralatan-peralatan untuk mendaki gunung bukanlah semudah yang saya sangkakan. Sedikit susah untuk mencari pakaian, cap, glove, kasut dan lain-lain alatan yang diperlukan.

Dan satu lagi kesilapan saya, saya memandang rendah tahap kesejukan di atas gunung Kinabalu tersebut. Saya sentiasa fikir bagaimana untuk membeli pakaian yang boleh dipakai bukan sahaja diatas gunung tapi juga ditempat lain selain gunung Kinbalu. Saya rasa membeli pakaian yang hanya boleh dipakai sekali ialah satu tindakan yang cukup merugikan. Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk hanya menggunakan jeket biasa saya dan memakai pakaian tambahan jika diperlukan. Seluar jeans biasa, dan tidak membeli sebarang sunblock,lipstick, ubat-ubatan lain yang patut.

Saya melanggar falsafah saya sendiri, "lebih baik lebih dari kurang". Dan karang saya sedia untuk menanggung apa-apa risiko yang bakal saya hadapi nanti.


Chapter 5: Hal kawan-kawan

Setiap orang ada style masing-masing, begitu juga dengan saya. Saya suka melakukan banyak hal bersendirian dan "pertolongan" hanyalah hal yang patut diminta bila betul-betul memerlukan pertolongan. Tujuan saya, hanyalah untuk melatihkan diri agar dapat berdikari jauh lagi bagus.

Tapi nampaknya aktiviti expidisi gunung Kinabalu ini agak highlight sikit, ramai kawan-kawan saya tanpa diminta menghulurkan bantuan kepada saya. Maka rancangan saya untuk menjadi backpacker sejati terpaksa dilupakan. Saya tidak mahu mereka keliru saya bersikap sombong jika menolak bantuan mereka.

Brady, Brady ialah kawan saya yang bole saya panggil sebagai "people person". Pada bulan Nov 2008 lepas, percutiaan saya ke Sabah selama 2 minggu hampir tidak memerlukan wang, hanya sebab Brady jenis orang yang mudah untuk diterima sebagai tetamu dibanyak rumah, sehingga makan dan sewa tidak perlu difikirkan langsung. Dia menawarkan saya bantuan sekali lagi tanpa diminta. Tapi berlaku sedikit konflik tarikh hingga saya berpeluang untuk menjadi backpacker sejati pula. Tapi datang pula bantuan dari kawan ke-2.

Bonnie, Bonnie ialah kawan saya yang saya bole katakan antara orang paling tinggi stamina saya kenal secara pribadi. Jogging 9Km waktu pagi di trek joggin kolam Stadium Likas, dan jogging lagi 9Km waktu petang hari di trek joggin kolam stadium Likas, kemudian lawan lebih dari 5 set single untuk permainan badminton pada waktu malam. Kini dia pula menawarkan saya rumah guru dia dan pengangkutan dia sebagai sokongan pada 11Feb2009, memandangkan expidisi gunung Kinabalu hanya bermula pada 12Feb2009. Ok, rasanya saya perlu menerima bantuan dia memandangkan saya pun ada sedikit perkara perlu dikongsikan dengannya. Maka pada 11Feb2009, Bonnie menyambut saya menggunakan kereta besar barunya jenis pacuan 4 roda Nissan dari airport Kota Kinabalu ke sekolah tempat dia berkerja di daerah Tuaran.

Tidak dilupa kepada beberapa kawan lain yang selalu bertanya kabar mengenai perkembangan expidisi untuk memberikan sedikit sebanyak tips. Konilia, yang selalu mengingatkan saya apa yang patut dan tidak patut. Rasanya saya patut terima tips dia agar membeli baju yang cukup tebal. Begitu juga Tom, yang secara tidak langsung memberi saya tip bahawa diatas gunung sana pakaian tutup kepala ialah wajip, bukan gaya.


Chapter 6: Ice Breaking yang gagal & sedikit kisah online

Dua tiga hari sebelum saya balik ke Sabah pada 11Feb2009, saya baru memperkenalkan diri kepada Sumpit melalui Facebook. Sedangkan, saya dengan Sumpit sebenarnya suda menjadi friendlist hampir dekat setahun di Frienster dan lebih beberapa bulan di Facebook. Tapi saya cukup faham, yang kebanyakan orang online tidak perasan yang Felix tu sebenarnya ialah nokurogia. Dan nokurogia sebenarnya ialah pemegang nickname tuttttttttt (salah seorang kaki provoke paling lazer beberapa tahun lepas). Saya bercadang pada malam 11Feb2009 tersebut untuk bertemu dengan pendaki-pendaki sekitar Kota Kinabalu dan juga seorang x-housemate saya yang suda bertahun-tahun lama tidak berjumpa. Tapi ahkhirnya kesemua mereka ada hal masing-masing yang perlu diuruskan. Maka rancangan untuk lepak di Waterfront pun tidak kesampaian.

Kisah mengenai online, saya memegang lebih dari satu nickname dan ini bukan disebabkan saya kaki perempuan (tanggapan populer untuk kenapa orang lebih satu nickname), malah jauh dari hal tersebut. Saya memegang lebih dari satu nickname sebab saya selalu bertugas sebagai "online hitman". Online hitman ialah gelaran yang saya sendiri buat memandangkan saya tidak menjumpai gelaran sedia ada yang betul-betul sesuai untuk saya. Information hunter saya tahu sikit-sikit, mind exploit untuk tangkap rahsia spesifik orang saya tahu sikit-sikit, basic hacking saya tahu sikit-sikit & debate/hentam isu sensifif saya selalu terlibat.

Saya sekali sekala terfikir juga apa bakal terjadi jika satu group blogger bertemu dan mengetahui wujud hubungan musuh-online di group tersebut. Saya selalu terfikir mungkin saya jauh lagi tinggi potensi bertemu dengan musuh-online saya memandangkan karakter online saya sebagai online-hitman.

Sekarang sudahpun masuk tahun 2009, tahun yang baru berumur 1 bulan lebih, rasa-rasanya saya tidak patut lagi terlampau kenang kisah-kisah lama yang suda lepas. Jika saya terlampau kisah mengenai kisah-kisah lepas, sudah pasti nama "nokurogia" tidak wujud dalam senarai pendaki. Ini disebabkan saya faham sebaik saya menyertai aktiviti ini, peluang untuk orang mengetahui hubungan Felix dengan nokurogia sangatlah tinggi.

Apa-apa pun, bagi orang yang mengenali saya lebih dekat, mereka faham yang nokurogia ialah nickname online yang bukan memulakan masalah tapi membalas terlebih-lebih sehingga kelihatan seperti bermasalah.



Chapter 7: 12 Feb 2009 khamis, pertemuan pertama di Padang Bandaran, Kota Kinabalu

Tepat pada pukul 3.15pm saya berada ditempat pertemuan yang dijanjikan. Pada asalnya saya ingin untuk sampai ditempat tersebut pada tepat 3.00pm, tapi Bonnie iaitu kawan saya terlibat dengan meeting sekolah hingga memaksa beliau untuk keluar lewat dari masa kebiasaan. Dan kemudiannya menghantar saya dari Tuaran ke Kota Kinabalu sedikit lewat. Tapi tidak mengapa, saya percaya sedikit lewat bukanlah isu bagi orang Malaysia.

Dengan menaiki kereta Nissan pacuan 4 roda hitam yang bergerak perlahan-lahan, saya melihat ke arah padang bandaran samada terdapat kumpulan orang-orang yang kelihatan seperti peserta expidisi. Malangnya saya tidak dapat melihat mereka dengan kepastian yang tinggi. Apa yang pasti saya kenal salah seorang dari mereka yang terdapat di padang badaran tersebut. Gidong, Gidong ialah nama pendaki yang saya pasti, memandangkan Gidong dengan saya sudahpun menjadi friendlist dekat lebih sebulan di facebook. Tapi saya kurang pasti samada Gidong juga mengetahui si Felix ialah si nokurogia dalam senarai friendlist facebook dia.

Saya bergerak ke arah dia dan menanyakan soalan samada dia ialah salah seorang peserta expidisi atau tidak. Sebaik dia manyatakan ya,maka saya pun mengangkat bag saya dari kereta ke tempat tersebut. Beberapa minit kemudian, Sumpit dan Qisthine pun sampai. Qisthine ialah orang yang paling terakhir saya kenali secara online melalui facebook sebelum berjumpa dengannya didunia sebenar dalam jangamasa hanya beberapa jam.

Beberapa waktu selepas itu, saya baru faham yang mereka kebanyakan bukanlah orang yang baru pertama kali mengenali antara satu sama lain, saya bole dikatakan antara orang paling fresh digroup tersebut selepas kami bertemu dengan banyak lagi peserta-peserta expidisi lain sewaktu menjamu hidangan di restoran berdekatan dengan padang bandaran.

Sebaik selesai menjamu hidangan direstoran tersebut kami bergerak balik ke padang bandaran semula. Dan sekarang, hampir keseluruhan dari peserta expidisi berada ditempat tersebut. Seingat saya, hanya Pinn,Bopp & Well tidak berada dikawasan tersebut kerana mereka sudahpun terlebih dahulu bergerak ke Kinabalu Park.

Kami berpecah kepada 3 kenderaan untuk bergerak, dan yang mengikuti van sewa pada masa tersebut ialah saya (nokurogia), Qisthine aka lumis, Gurangak aka Andy, Gidong aka Daniel, Degous aka Dan Joe & Sumpit aka Mark. Maka perjalanan dari padang bandaran Kota Kinabalu ke Kinabalu Park Ranau pun bermulalah.


Chapter 8: Perjalanan ke Ranau

Saya duduk sebaris dengan lumis dikerusi paling depan selepas bahagian driving seat van. Dibelakang kami ialah Dan Joe dan Gidong dan paling belakang ialah Sumpit seorang. Di depan van pula ialah Gurangak.

Dalam perlahan-lahan lumis mula mengenali yang nokurogia ialah orang yang lagi banyak berdiam dan menjawap soalan berbanding memulakan soalan. Sedikit masa diperlukan untuk kami lancar bercakap 2 hala.

Beberapa waktu kemudian, mereka Gidong dan Dan Joe pun membawa kami untuk bermain daun terup Lap-Lap, game yang saya suda lama tidak bermain memandangkan game ini cuma populer dikalangan Sabahan dan kurang ramai yang tahu dikalangan bukan Sabahan di Kuala Lumpur.

Walaupun slang saya tidak lagi 100% slang Sabahan kerna tinggal cukup lama di semenanjung, tapi game lap-lap masih fresh bagi saya. Saya masih ingat macammana untuk bermain lap-lap,saya hanya lupa sedikit daripada peraturan dalam lap-lap.

Kini kami sudapun memasuki daerah Ranau. Untuk mengenali daerah Ranau sangatlah mudah walaupun kita tidak melihat sebarang Papan tanda jalanraya. Sebab daerah Ranau sebahagian besar jalanrayanya berada diatas bukit-bukit yang tinggi. Perjalanan sewaktu petang hari menggunakan van didaerah Ranau memberi kami peluang untuk melihat pemandangan gunung Kinabalu yang cukup cantik.

Dalam van tersebut Lumis & Gidong ialah mereka yang memiliki camera besar yang canggih. Maka mereka meminta untuk driver van tersebut memberi mereka peluang untuk mengambil gambar gunung Kinabalu yang pada ketika itu sangatlah jelas kerana tidak diselubungi kabus.

Kami berhenti disatu tempat dan mengambil masa untuk bergambar, pada asalnya kami berjanji untuk menggunakan hanya 5minit untuk mengambil gambar, tapi akhirnya kami menggunakan masa lebih dari 5minit iaitu sekitar 15minit untuk sesi bergambar.

Destinasi semakin hampir, kami berhenti sekali lagi untuk mencari tandas di kawasan Pekan Nabalu, tempat dimana saya baru saja bermalam sekitar Nov 2008 dikedai uncle rakan saya tadi Brady. Perjalanan diteruskan, hanya beberapa minit lagi untuk sampai ke Kinabalu Park dari Pekan Nabalu. Sebaik sampai ke pintu masuk Pekan Nabalu, lumis memperkenalkan 2 orang adik perempuannya kepada kami semua, Pinn & Bopp. Pinn & Bopp bertemu dengan kami di Kinabalu Park kerana mereka memulakan perjalanan dari Sandakan. Sebaik Pinn & Bopp menaiki van, kami bergerak kurang 300meter ke arah rumah rehat Liwagu.

Sekarang kesemua pendaki-pendaki expidisi sudahpun berada ditempat yang sama.


Chapter 9: 12 Feb Malam pertama expidisi di Rumah Rehat Liwagu

Dalam pertemuan kali pertama diantara kesemua peserta expedisi, Kuai ialah orang yang berperanan sebagai kepten bagi pasukan tersebut walaupun tiada perlantikan rasmi dibuat. Kuai memberi sedikit sebanyak apa yang perlu disampaikan dan akhirnya kami sedia untuk berpecah dan mencari bilik tidur masing-masing.

Empat bilik kesemuanya, 2 bilik tingkat atas untuk lelaki dan 2 bilik tingkat bawah untuk perempuan. Kesemua kami ialah 15 orang,sembilan lelaki dan enam perempuan. Majoriti berada pada umur 20an dan beberapa orang pada awal 30an.

Nama-nama nickname online perserta tersebut ialah dari kiri ke kanan, Mamai(KK), Tomkurus(KK), sumpit(KK), dageous(KL), nokurogia(KL), Well(Penang), gidong (KK), Defoo(KL) & gurangak(KL) bagi lelaki. Dan dari kiri ke kanan, Kupi(KK), Kuai(KK), lumis(KK), pinn(Sandakan), bopp(Sandakan) & Zi(KK) bagi perempuan.

Sesi bergambar kesemua 15 perserta dibuat bersama banner yang disediakan oleh Sumpit dan seterusnya kami pergi ke restoran luar Kinabalu Park untuk makan malam buat pertama kali.

Kurang dari 300meter berjalan kaki maka kami pun sampai ke restoran tersebut. Kami mengambil order masing-masing dan stail makan ialah american style, order makanan sendiri dan bayar sendiri untuk malam itu.

Saya meminta bubur ayam pada malam tersebut dan saya suda pasti saya ialah orang paling last mendapat order saya. Tapi not bad, sebab servis direstoran tersebut tidaklah teramat-amat slow, just ditahap yang bole difahami. Saiz untuk makanan sangatlah bagus, american size juga. Pinggan dan gelas semua sedikit lagi besar banding restoran-restoran kebiasaan di Malaysia.

Di restoran tersebut kami berpecah kepada 2 meja. Meja kami ialah saya(nokurogia), Dan Joe, Sumpit, Kupi, Gurangak, Zoe dan Tomkurus. Dan Kupi ialah pengerusi tidak rasmi kami, Kupi dengan aktif menceritakan sangat-sangat banyak perkara. Dan saya mempelajari dari cerita-cerita si Kupi yang mereka ni bukanlah betul-betul kali pertama berjumpa. Sekarang saya makin pasti saya antara orang paling fresh dalam kumpulan expedisi tersebut. (mungkin saya sedikit silap dgn orang dan meja mana)

Dimeja sebelah, yang mana sedikit lagi awal mendapat order makanan berbanding meja kami ialah Gidong, Kuai, Wel, Zi, lumis, bopp, pinn & alvin.

Sebaik menghabiskan makanan, kami berpeluang untuk membeli raincoat dan kasut adidas podos dikedai runcit kecil dalam bangunan restoran tersebut. Harga untuk raincoat dan kasut adidas podos jauh lagi murah berbanding membelinya diatas Laban Rata nanti.

Seterusnya kami pun baliklah ke rumah rehat Liwagu. Mandi, menyediakan tempat tidur dan berjumpa semula di kaki lima tingkat satu untuk aktiviti social pertama kali dikalangan 15 orang.

Ada dua aktiviti kami buat pada masa tersebut, main Lap-lap dan main Uno. Yang bermain Uno pada waktu tersebut ialah nokurogia (fresh dan blur), Sumpit (Fresh dan blur juga), Kuai dan alvin mengikut susunan ikut jam. Kami bermain sambil makan makanan-makanan yang dibawa, contohnya pisang dan biskut-biskut. Tak lupa juga Chivas yang telah disediakan oleh si Gurangak. Chivas dicampur dengan sedikit Coca Cola dan setiap mereka yang ingin mencubanya(tidak semua) mendapat giliran minum ikut pusingan lawan jam disatu meja besar sahaja. Seperti biasa, saya suka berterus terang dengan aktiviti-aktiviti minum ni untuk hanya minum pada tahap social drink. Minuman tu tidak cukup untuk buka cerita pun, nampaknya semua pun sudah imune dengan minuman tersebut (kecuali saya).

Masa suda masuk pukul 1am. Masa untuk tidur pun suda sampai. Maka kami(lelaki) pun bergerak ke arah tempat tidur masing-masing dan tidur. Bilik tingkat atas yang sepatutnya 2, sebenarnya bole dijadikan satu dengan membuka pintu yang memisahkan bilik 1 dan bilik 2. Sebilik dengan saya ialah, dan joe, gidong, gurangak dan saya. Bilik sebelah ialah well, tomkurus, mamai dan sumpit.

Pada malam tersebut saya sangat-sangat faham siapa yang berdengur kuat. Bilik kami, boleh tahan. Berita baik untuk berdengur, maksudnya mereka nenyak tidur.



Chapter 10: 13 Feb 2009 jumaat, dari Liwagu ke Timpohon

Pada awal pagi tersebut, 13Feb09 saya bangun sangat-sangat awal 5.30am dan hanya Well yang juga turut sama bangun awal pada waktu tersebut. Ini suda kira perkara biasa bagi saya, badan saya hanya memerlukan 4 jam untuk tidur, bukan baik tapi masalah sebenarnya dari prespektif perubatan.

Sebaik sejam kemudian, barulah kebanyakan mereka bangun dan bersiap sedia untuk mandi pagi dan bersedia untuk perjalanan naik ke Laban Rata. Laban Rata ialah tempat persinggahan sebelum pendaki meneruskan semula pendakian ke puncak. Laban Rata terletak lebihkurang 6km dari 8.5Km keseluruhan perjalanan ke puncak gunung Kinabalu.

Pada pagi tersebut, kami memakai baju seragam T-shirt berwarna merah dan berlogo Sayang Kinabalu, borneoutara.com. Baju t-shirt tersebut telah disedikan oleh Alvin dan juga gurangak.

Berkumpul sekejap diluar rumah rehat Liwagu lepas mengemaskan barang-barang dan seterusnya alvin membawa kami sekejap untuk warming up yang ringkas. Sesi bergambar pun dibuat. Dan selepas itu, kami bergerak menuruni bukit ke arah office Kinabalu Park yang hanya terletak sekitar 200meter dari rumah rehat Liwagu.

Dikawasan office Kinabalu Park tersebut, kami diberikan tag pendaki, tag yang berperanan sebagai pengenalan pendaki. Didalam tag tersebut kami meminta agar nickname online kami yang digunakan bukan nama betul kami. Seperti sudah dijangka, memang nickname kami melucukan bagi mereka yang bertugas disana, terutama nama-nama nickname seperti gurangak dan nokurogia.

Pada masa itu juga, kami berpeluang untuk meminta perkhidmatan porter (orang yang membawa beg kita naik ke atas Laban Rata) dengan kadar RM8/kg turun dan naik, atau RM4/kg untuk turun sahaja. Saya mengambil peluang untuk menimbang berat bag saya, 7Kg rupa-rupanya dan Sumpit punya 8Kg, beg Lumis & sister 3 in 1 ialah seberat 15kg, ini antara berat beg yang saya masih ingat.

sewaktu berada berdekatan dengan office Kinabalu Park

Suasana pada pagi tersebut dingin, hampir sama seperti kediginan berada di Genting. Disekeliling kami terdapat ramai pendaki-pendaki lain dari pelbagai negara. Dari orang wastern, orang Jepun, orang Korea, orang Singapore, orang Malaysia sendiri dan juga lain-lain warganegara yang mungkin sukar untuk kita kenalpasti. Mereka juga melalui prosedur yang sama untuk mendaki gunung.

Kami berkenalan dengan guide kami dan kami expidisi kumpulan kami menggunakan 3 guide. Dalam masa ini juga, kami sedang menunggu satu bus untuk membawa kami dari office Kinabalu Park ke tempat permulaan pendakian yang dipanggil Timpohon.

Bergambar bersama bus dihadapan office Kinabalu Park

Sebaik satu mini bus datang, dan kami mengenal bus tersebut ialah bagi kumpulan kami. Maka kami mengambil peluang untuk bergambar sekali lagi 15 orang bersama guide dan porter sebelum bertolak ke Timpohon.

Perjalanan ke Timpohon tidaklah jauh hanya beberapa minit melalui jalan tepi-tepi bukit yang bengkang bengkok dan curam. Sebaik kami tiba ke Timpohon, maka kami mengambil peluang bergambar sekali lagi di atas pondok Timpohon tersebut dimana pemandangannya terdedah cukup luas ke arah daerah Ranau. Tempat diatas pondok Timpohon memang direka khas untuk bergambar sahaja. Kerana satu hobi yang sangat jelas terdapat dalam kumpula kami, iaitu photographer, maka kami mempunyai cukup peralatan untuk mengambil gambar setiap kali berpeluang.

Tidak lupa juga sebelum kami memulakan langkah pertama pendakian, kami dibawa untuk mendengar sekejap penerangan mengenai pendakian oleh guide kami si Gasi. Dia menerangkan menggunakan slang Melayu pekat Dusun tapi cukup untuk kami faham. Kesemua penerangan ialah common sense, cuma hal-hal seperti teriak-teriak, yg melalui penerangan guide, bakal mengundang langit cerah bertukar menjadi gelap dan akhirnya hujan jika dibuat.

Maka kamipun memulakan langkah pertama kami memasuki pintu masuk pondok Timpohon yg suda sedia dibuka dari kuncinya kepada pendaki pada pagi 13Feb2009 tersebut. Kamipun bergeraklah memasuki trek pendakian tersebut bersama tongkat kayu RM3 yang baru sahaja kami beli sewaktu berada di bus office-Tompohon tadi. Jam menunjukkan 9.30am, itu ialah masa kami memulakan pendakian tersebut.


(bersambung ke Part II)