Saturday, February 21, 2009

Part III: 14 Feb 2009, sabtu, misi menawan puncak Low's peak 4096meter dari kawasan Laban Rata

Sebaik mengemas barangan masing-masing, mandi (untuk kali terakhir di kawasan Kinabalu) dan memakan bekalan-bekalan makanan pada petang 13Feb2009, kami pun bersedia untuk tidur. Tepat pukul 8pm, lampu ditutupkan untuk berehat sehingga 1.00am dan memulakan perjalanan pendakian semula pada 2.00am.

Saya kelihatan kurang berpengalaman, sehingga saya gagal mengenali apa sebenarnya yang dipanggil sleeping bag dan tidak berusaha untuk mencari sleeping bag pada fasa terakhir persediaan. Dikawasan Laban Rata, selimut sahaja tidaklah mencukupi, kita memerlukan sleeping bag, selimut tebal, jeket , seluar panjang, cap dan juga stokin untuk tidur dengan selesa. Sebagai penyelesaiannya, saya memakai baju lengkap mendaki awal-awal lagi (termasuk kasut).

Dalam sekejap masa, saya mula mendengar bunyi denguran dari kawan-kawan saya. Mereka cukup selesa, memandangkan mereka mendapat suhu yang sesuai untuk tidur. Lain pula dengan saya, saya tidak dapat tidur dengan selesa. Kerana saya berada diposisi yang sangat mudah untuk kesejukan, iaitu dekat dengan pintu dan dinding rumah. Tingkat atas bagi katil dua tingkat ialah tempat paling mudah untuk mendapat haba dari heater, ini mudah difahami kerana udara panas bergerak ke arah atas disebabkan kurang tumpat berbanding udara lagi sejuk.

Sebaik jam menunjukkan 1.00am, kami pun bersedialah untuk memakai pakaian mendaki gunung dan bergerak ke restoran Laban Rata untuk menikmati makanan pemanas badan dan juga untuk mengambil bekalan air minuman. Sebaik sampai ke restoran tersebut, saya dapati restoran tersebut sudahpun sibuk. Kesemua pelancong-pelancong lain dengan pakaian yang lengkap sudahpun berada disana.

Pelayan restoran : "kamu semua pigi sana hujung" ( sambil membawa kami ke satu penjuru paling kanan dari pintu masuk restoran.)

Kami dilayan sedikit unik, saya kurang pasti apa yang sedang berlaku. Kami diberikan makanan-makanan percuma oleh pelayan restoran. Ini suda pasti kepakaran kepten kami, Kuai, punca segalanya jadi sedemikian.

Saya, Well, Tomkurus, Alvin, Kuai dan Zi, ialah orang yang berada disana. Kami menunggu mereka yang lain untuk turut serta menjamu hidangan percuma, epal, oren dan juga kek coklet (yang masih saya ingat). Tapi malangnya mereka tidak sampai. Mereka sebenarnya juga sedang menjamu makanan, cuma ditempat lain. Dan sangkaan kami mereka sangat perlahan untuk bersedia dengan pakaian terbukti meleset.


Pada pukul 2.00am, kami 14 orang (seorang tarik diri) berkumpul sebentar diluar kaki lima Laban Rata bersama guide kami, lalu mendengar beberapa hal yang disampaikan oleh guide. Tidak lupa juga kami membuat sesi bergambar untuk pertama kali dengan pakaian lengkap pendaki. Pakaian ini bukan lagi sekadar T-shirt, tapi pakaian sejuk lengkap. Kerana suhu sudahpun berada rasanya dibawah 10darjah celcius (anggaran). Wap air dari hembusan nafas mudah kelihatan pada masa ini.

Kesemua ahli kumpulan nampaknya berada dalam keadaan yang baik, tetapi lain pula dengan saya. Badan saya mengeletar kesejukan dan muka saya kelihatan tidak sehat. Apa yang dinyatakan oleh doker bahawa badan saya mudah kesejukan ternyata sangat-sangat benar. Tekanan mental yang cukup tinggi mula memaksa saya untuk berterus terang kepada mereka. Bahawa saya sebenar-benarnya dan sejujur-jujurnya ingin tamatkan misi pendakian saya. Tahap kesejukan yang saya alami tidak mustahil untuk seseorang itu mati. Ini benar untuk saya, tapi nampaknya tidak untuk kawan-kawan yang lain.

"success mean presistent " dan "leadership mean know when to retreat" ialah dua kata pepatah motivasi yang berlawan kuat dalam kepala saya. Mentaliti klasik lelaki juga bermain kuat dalam kepala saya, "saya lelaki, malu untuk kalah sama pendaki perempuan". Dan akhirnya saya memilih untuk meneruskan pendakian. Tiada siapa yang tahu delema yang saya hadapi, melainkan saya sendiri.

Kuai membawa kami untuk memegang tangan dalam bentuk bulatan lalu berkata.

"Kuai : ok, tidak kira apa fahaman agama kamurang, mari kita pegang tangan semua dalam bulatan sekejap dan kita ambil masa untuk berdoa masing-masing." (dengan nada yang serius)

Sebaik masa untuk berdoa dalam hati masing-masing selesai, kamipun dengan didahului oleh guide bergerak meneruskan pendakian. Hampir kesemua kami membawa lampu sulu masing-masing atau berkongsi. Dari pemerhatian saya, rasa-rasanya kami ialah pasukan pertama bergerak pada pagi malam itu. Langkah demi langkah saya bergerak, akhirnya badan saya berjaya untuk mengurangkan kesejukan membunuh tadi.

Kawasan selepas Laban Rata jauh lagi condong berbanding sebelumnya. Untuk dibuat anggaran, jika sebelum laban rata berada pada kecondongan 40 ke 50 darjah, selepas Laban Rata ialah kecondongan 50 ke 60 darjah. Perjalanan sekitar 1 jam atau lebih sedikit, akhirnya membawa kami ke arah kawasan hampir keseluruhannya batu. Kerana sebelum ini, perjalanan kami ialah kawasan gunung yang diliputi oleh pokok-pokok renek.

Kawasan batu ialah bukti kami berada di kawasan yang suda cukup tinggi. Saya dapat rasakan pertambahan tahap kesejukan yang mendadak dikawasan ini. Satu disebabkan pokok renek untuk menghalang tipuan angin suda tiada dan satu lagi disebabkan batu itu sendiri sejuk.

Fasa diantara kawasan pokok renek dan kawasan majoriti batu terdapat tali putih diameter 5cm yang kuat untuk pendaki memegangnya. Kecondongan rasanya mungkin pada 60 darjah ke 80darjah. Pendaki-pendaki berhenti sekejap untuk menunggu giliran melepasi kawasan condong. Tali dipasang tidaklah 90 ke arah atas , melainkan sekitar 70darjah condong ke arah kanan. Pergerakan pendaki ialah dari sisi ke sisi ke arah atas yang condong.

Sebaik fasa tadi berakhir, kami sudapun berada dikawasan batu sepenuhnya. Kini kecondongan bertambah sedikit berbanding sebelumnya. Tangga sudahpun tiada dikawasan ini, kini hanya tali yang disediakan untuk membantu pergerakan pendaki. Tali ini ada beberapa fungsi yang saya dapat fikirkan, sebagai tempat untuk pendaki memegangnya (majoriti tempat lagi mudah bergerak tanpa memegangnya) dan juga sebagai panduan perjalanan ke arah puncak.

Cuaca sangat baik pada malam itu , tiada kabus dan awan dilangit, angin bertipu pada kadar serhana dan cahaya bulan berada pada fasa penuh. Ini membuatkan mereka yang terlupa membawa lampu suluh, terpadam lampu suluh (saya) , memilih untuk tidak memakai lampu suluh (banyak kawasan 2 tangan diperlukan untuk mendaki) boleh memilih untuk bergantung kepada cahaya bulan.

Sekali lagi, pasukan kami berpecah kepada 3 kumpulan, cepat, sederhana dan perlahan. Dan saya berada dikumpulan sederhana dan seterusnya perlahan. Pendaki yang paling lama bergerak bersama saya ialah lumis. Pada asalnya kami tidak mengetahui yang kami berdua ada kondisi badan yang sama, iaitu rendah motabolisma.

Perjalanan pada masa ini, bukan lagi perjalanan dengan kekuatan sepenuhnya. Kerana keletihan dari fasa pendakian Timpohon ke Laban Rata masih belum pulih sepenuhnya. Saya bersama lumis dan ditemani oleh Bopp (akhirnya memilih untuk bergerak lagi pantas) bergerak sangat-sangat perlahan, dan sekali sekala meminum dan memakan coklet. Jika anda tahu bagaimana warga tua umur 80tahun bergerak, rasanya beginilah kadar kelajuan yang kami pilih.

Selepas melepasi pondok sayat-sayat, kami dipintas oleh pasukan dari Jepun yang jauh lagi tua berbanding kami. Kini, hampir kesemua pendaki sudahpun memintas kami. Saya masih ingat bagaimana nenek tau perempuan jepun dalam lingkungan umur 60an juga berjaya memintas kami. Kami terbukti tidak langsung berminat untuk fikir mengenai kepantasan melainkan hanya destinasi.

Antara kesemua pendaki yang saya masih ingat, saya paling kelucuan dengan satu pasangan muda Cina dari semenanjung (dikenali dari slang melayu mereka). Saya berbisik dalam hati saya kepada mereka, "Apa kamu ingat mau berromantik valentine atas puncak kah, masih romantik kah sekarang?". Apa yang sangat lucu bukan pasal kepenatan sebenarnya, tapi disebabkan membebel(sama guide) tidak akan mengubah apa-apa disini. Terus bergerak, ini apa yang mengubah.

Langit semakin terang, lalu saya pun memberi tanda untuk bergerak lagi pantas kepada lumis. Tapi saya juga faham target untuk sampai ke puncak sebelum sunrise ialah tipis bagi kami. Kami suda jauh ketinggalan berbanding majoriti pendaki lain pada malam itu. Dibelakangi kami cuma terdapat beberapa orang.

Jika anda ingin mengetahui perjalanan dilantai berbatu seluas mata memandang dan sejuk tersebut, cuma fikirkan begini. Anda bergerak ke satu destinasi hujung mata memandang , hanya untuk mengetahui masih wujud destinasi sejauh mata memandang lagi dan seterusnya. Keadaan ini cukup untuk membuat orang yang lemah semangat hilang kawalan fikiran.

Rasanya saya perlu mengkongsikan satu informasi(privasi) yang penting yang biasanya kurang penting dikawasan tanah rata. Apa perlu dibuat jika anda ingin membuang air besar atau air kecil di atas gunung berbatu tersebut?. Cari tandas?, tandas tiada. Tahan kencing? baik jangan. Tandas paling terakhir ialah di Sayat-Sayat atau di KM7 dari perjalanan 8.5KM ke puncak. Tandas sayat-sayat mungkin bole dijadikan joke sebagai tandas tertinggi di Asia Tenggara.

Saya terasa untuk membuang air kecil dan mengetahui tiada tandas lagi dikawasan itu. Keep it simple, saya pergi ke arah 200meter menjauhi laluan pendaki atau hilang dari pandangan orang kemudian membuang air kecil di tempat itu. Mencari tempat privasi tidaklah sukar, memandangkan banyak lubang lantai-lantai batu yang mampu menyembunyikan kita. Sebaik badan berasa sedikit selesa, saya pun meneruskan perjalanan. Langit semakin cerah dan akhirnya dipendekkan cerita. Saya dengan lumis berjaya mendaki sampai ke puncak.

Sebelum sampai ke puncak (anggaran 4050m ke 4096m), ada satu perkara sedikit lucu saya dan lumis lakukan. Kami ingin membuat shortcut, tapi shortcut yang dicadangkan oleh guide (kami yang dahulu bertanya), ialah shortcut condong yang tidak selamat dan tidak bertali. Saya hampir terjatuh dikawasan itu. Andai kata saya terjatuh, rasanya bole cecah ketinggian 3meter terhempas juga.

Sewaktu berada dipuncak, cahaya mathari sudahpun terang. Jam sudahpun menunjukkan pukul 7.00am. Saya dan juga lumis disambut dengan salam oleh rakan sekumpulan yang sudahpun sampai jauh lagi awal berbanding kami. Bahkan saya dapat pastikan, saya dan lumis ialah pendaki paling terakhir berjaya ke puncak pada hari tersebut. Memandangkan orang yang lagi belakang tidak kelihatan sampai ke puncak.

Cahaya matahari sangatlah terang, ini disebabkan langit pada masa itu tidak terdapat sebarang awan dan juga kabus. Saya memakai eyeglass anti-ultraviolet untuk menggurangkan silau. Sunburn ialah perkara yang biasa jika kita mendaki diatas Kinabalu. Ini bukan disebabkan oleh panas(puncak kinabalu sejuk), tapi ini disebabkan oleh gelombang tenaga cahaya yang lagi bertenaga kerana kurang ditapis oleh molekul-molekul diudara berbanding dikawasan lagi rendah yang sudahpun ditapis oleh lapisan molekul udara lagi banyak dan lagi tebal.

Sesi bergambar dibuat bersama kesemua pendaki yang berjaya. 12 orang kesemuanya kecuali 3 orang yang memilih untuk menamatkan pendakian ke puncak. Kami bergambar bersama dengan sepanduk yang dibuat oleh Sumpit dan sesi bergambar dibantu oleh guide. Sebaik selesai sesi bergambar, lalu kamipun bergerak lagi. Salah satu kebaikan sampai dipuncak lagi awal ialah masa berehat yang lagi panjang sebelum turun semula. Nampaknya saya dan lumis terlepas masa panjang untuk berehat.

Pendaki terakhir dalam perjalanan turun ke bawah nampaknya saya dan lumis lagi. Guide sengaja menjadi orang paling terakhir dibelakang kami kerana perlu mengikuti prosedure. Saya dan lumis sempat untuk bercerita sekejap dengan salah sorang dari guide. Kami memberitahu guide tersebut yang dalam lingkungan umur akhir 30an, bahawa kumpulan kami ialah kumpulan yang baru sahaja berkenalan dari internet. Dan antara saya dengan lumis baru sahaja kenal kurang dari beberapa hari. Expresi muka guide ketara kelihatan seperti menyatakan kami ialah pasukan yang sangat unik. Jika guide ingat kami ialah pasukan sedia kenal, maka mereka salah. Seronok pula jadi orang yang unik.

Sekarang, baju pendaki tidak wajip lagi dipakai. Lumis membuka pakaian sejuknya dan tinggal pakaian biasa lagi. Matahari cukup terang pada masa kami menuruni gunung. Saya dan lumis bergerak perlahan untuk mengambil sebanyak mungkin gambar-gambar. Tapi sedikit masalah dengan kamera lumis, persekitaran yang sangat sejuk sebelumnya membuatkan kamera DLSR lumis sedikit malalah, kadar untuk "error" setiap kali kamera ditekan sangatlah tinggi.

Ini merupakan masa dimana dunia tu seolah-olah cuma ada Lumis dan Felix sahaja. Disekeliling kami tiada siapa-siapa melainkan kami berdua. Kesemua pendaki lain sudahpun turun dan guide jauh di belakang kami. Sebaik kami sampai ke pondok Sayat-sayat, petugas mencatat nombor kami berdua, mungkin sebagai procedure untuk memastikan kesemua pendaki tiada yang masih tertinggal di kawasan puncak. Lumis bertanya kepada petugas Sayat-sayat, "kami orang terakhir kah?". Lalu petugas memberitahu, "ya, tapi biasa bah macam gini", sama seperti yang sudah kami jangkakan.

Langkah demi langkah kami bergerak, kini kami sudahpun sampai ke kawasan pohon-pohon renek. Dalam masa saya dan lumis sangat kepenatan, kami ternampak pula satu pasukan sekitar 4 atau 5 orang sedang menaiki gunung dari kawasan curam ala-ala movie "Vertical Limit". Cukup membuatkan saya terkejut, memandangkan jika menaiki tangga pun majoriti orang sangat-sangat keletihan, bagaimana pula dengan mendaki gunung cara "Vertical Limit". Sudah tentu lagi memerlukan tenaga. Lalu saya berbisik kepada diri sendiri, "lain-lain orang lain-lain badan". Maksudnya memang wujud orang yang kuat untuk sekian-sekian aktiviti dan setiap orang itu unik.

Dipendekkan cerita, saya dan lumis pun sampai lah ke kawasan Laban Rata pada pukul 11.ooam. Bayangkan perjalanan, 2.00am naik atas, 7.ooam sampai puncak dan 11.00am sampai balik ke kawasan Laban Rata. Pada masa tersebut saya dan Lumis tahu kami tiada masa untuk berehat panjang. Mengikut procedure, hari ini ialah untuk pendaki hari ini. Dan pendaki yang sampai kelmarin perlu turun untuk memberikan ruang rehat kepada pendaki baru. Saya dan Lumis terus ke Restoran Laban rata untuk menjamu sedikit hidangan. Pada masa itu restoran sudahpun dalam fasa untuk membersihkan restoran. Masa operasi direstoran Laban Rata cukup berbeza berbanding operasi restoran di tempat-tempat lain pelancongan.

Sebaik sampai ke restoran Laban Rata, saya membuka keseluruhan baju panas pendaki untuk berehat dimeja. Mungkin ini ialah kesilapan saya, kerana menyebabkan badan saya terdedah dari panas terus kepada sejuk secara mendadak. Badan saya jatuh demam dengan sangat-sangat cepat. Dan badan saya terasa bagaikan hampir mati. Demam pada masa ini jauh lagi teruk dari apa-apa deman yang saya pernah hidapi selama saya ingat.

Pada masa itu, semeja dengan saya ialah Lumis, Kuai, Gurangak, Sumpit & Zi (sedikit lupa memandangkan saya sakit pada masa itu). Kuai cuba untuk memberikan saya sedikit panadol, tapi terlebih dahulu Kuai perlu pastikan saya makan sedikit makanan (meggi dan nasi). Saya memaksa diri dan akhirnya sedia untuk memakan panadol. Panadol masih tidak cukup untuk memulihkan badan saya.

Masa untuk bergerak ke kawasan penginapan untuk berkemas turun. Saya pergi ke penginapan dan perlahan-lahan mengemas barang. Sebaik saya mengemas barang, saya meminta bantuan kawan-kawan untuk mencari porter. Demam terjadi desebabkan badan keliru samada untuk menyesuaikan diri kepada kesejukan atau kepanasan, dan ia bole diselesaikan jika badan kita tidak keliru dengan suhu. Saya bergerak ke kawasan rumput terbuka untuk membaringkan diri dan membiarkan diri terdedah langsung kepada cahaya matahari sekitar pukul 12.00pm. Cara gini betul-betul berkesan, dan akhirnya saya pun sempat untuk memulihkan badan saya jika tidak sepenuhnya tapi pulih untuk cukup bergerak.

Sekitar 12.15pm, saya dan kawan-kawan pun bergerak menuruni gunung. Sebahagian dari mereka sudapun lama bergerak turun ke bawah. Pecahan ini ialah, saya, sumpit, lumis, bopp, pini(sakit kaki) & zi(sakit kaki).

2 comments:

  1. hehehe.. saya dah agak... semasa saya berada di laban rata, saya memakai stokin masa tidur.. lucu.. stokin saya bawa tidur.. sebab saya tidak terhidu apa-apa lagi apabila sampai di sana..

    Tapi masa itu kami berada di bahagian atas, di depan pintu menuju ke puncak... didalam bilik tu ada sedikit special.. sebab semua selimutnya tebal2, kalau tempat yang berzink tu, adui... punya sejuk... hehehe!!!

    Ada orang Irish terpandang syaa masa di sana... satu bilik lagi tu tapi dia tidur di atas, ada katil cukup untuk 4 orang..hehehe!!! ..

    Saya tidak dapat tidur juga, kalau saya tidak paksa, di sana udara semakin kurang, saya selalu bangun untuk bernafas, ambil angin....hehehe.. lucu tapi benar... :)

    ReplyDelete
  2. Sebelum kami p gunung pun, kami berpegang tangan juga sebelum memulakan pendakian.. :)

    ReplyDelete