Thursday, February 19, 2009

Part II: Expidisi gunung Kinabalu bersama kawan-kawan blogger (versi cerita panjang)

Chapter 11: 13 Feb 2009 jumaat, fasa awal dari Timpohon ke kawasan Laban Rata

Saya memulakan langah pertama saya melepasi gerbang pondok Timpohon dan perlahan-lahan bergerak ke satu bakal destinasi yang dipanggil Laban Rata yang terletak lebih kurang 6km dari pondok Timpohon.

Terdapat satu papan berdekatan dengan Timpohon yang mencatatkan kelajuan peserta dalam pertandingan tahunan mendaki gunung Kinabalu iaitu Climbaton. Jika dilihat dari rekod kelajuan mereka, seolah-olah mendaki gunung ialah satu hal yang mudah. Betul kah ia mudah untuk dilakukan?, kami bakal mengetahuinya dalam beberapa jam kemudian.
Memandangkan saya bukan pertama kali terlibat dalam expidisi mendaki gunung Kinabalu, maka saya sangat jelas memahami bahawa rekod pada papan tanda tersebut bukanlah dalam kemampuan pendaki biasa untuk mencabarnya.

Pondok mula pendakian iaitu Timpohon.


Kesemua kami iaitu sebanyak 15 orang ditambah dengan beberapa guide dan porter, mula bergerak dengan rapat dalam satu kumpulan pada kelajuan yang perlahan agar dapat mengelak keletihan yang melampau. Tapi masa demi masa jurang perbezaan jarak semakin membesar, sehinggalah wujud 3 kumpulan berasingan dalam kumpulan kami yang kesemuanya berpakaian t-shirt merah
kecuali guide dan porter.

Kumpulan yang dapat bergerak pantas yang kesemuanya lelaki berada dibahagian depan, kumpulan yang dapat bergerak sederhan cepat yang terdiri dari beberapa lelaki dan perempuan mengekori pasukan paling cepat tersebut. Dan kumpulan yang bergerak agak perlahan iaitu beberapa orang dari kami, mengekori kami dari belakang. Perbezaan jarak yang semakin melebar akhirnya memisahkan kami sekaligus daripada pandangan masing-masing mengikut kumpulan. Apa yang pasti, guide sentiasa berada dipaling hadapan, dipaling belakang dan juga ditengah-tengah kami.

Perbezaan kelajuan tersebut tidaklah 100% disebabkan oleh keupayaan fizikal. Kerana, ada yang memilih untuk bergerak sedikit perlahan untuk mendapat peluang megambil lagi banyak gambar menggunakan kamera DSLR.
Ada yang langsung tidak berminat dengan idea "siapa dulu sampai", dan ada juga yang lebih mengutamakan keadaan fizikal untuk sentiasa berada pada keadaan yang baik.

Apa yang pasti, saya jauh dari meminati idea "siapa dulu sampai", sebab sebelum ini pada tahun 1998 saya sudahpun menggunakan idea tersebut dan ianya hanya menyakitkan lebih banyak bahagian otot-otot jika dilakukan. Mungkin ini tidak benar untuk sebahagian orang, tapi ia cukup menyakitkan badan bagi saya.

Disebabkan wujud pecahan kumpulan disebabkan kelajuan, maka setiap kumpulan mempunyai cerita pendakian mereka yang tersendiri. Saya tidak tahu apa hal yang berlaku secara terperinci bagi mereka yang berada dibahagian depan, dan saya juga tidak mengetahui secara terperinci hal yang berlaku bagi mereka yang berada dibelakang kami. Apa yang saya tahu, hanyalah hal pendaki yang berada dipecahan kumpulan kami. Namun, sedikit sebanyak maklumat kami sentiasa perolehi hasil daripada aktiviti saling menghubungi antara satu sama lain
menggunakan handphone. Talian telefon bimbit nampaknya tiada masalah sepanjang perjalanan dari Timpohon ke Laban Rata.

Maka ini ialah cerita pendakian spesifik kepada kumpulan yang berada dipecahan tengah.



Chapter 12: 13 Feb 2009 jumaat,
fasa pertengahan dalam pendakian Timpohon ke kawasan Laban Rata

Ini ialah mereka yang berada digroup tengah-tengah. Kumpulan ini tidaklah sentiasa tetap, sebagai contoh bopp berjaya bergerak dari team paling belakang untuk menyertai pecahan team tengah-tengah. Dan saya sendiri ialah orang yang pada akhirnya masuk dikumpulan paling slow atas pilihan saya sendiri.


Sukar untuk saya mengingati secara tepat siapa teman pecahan tengah yang berada lama dengan kami, memandangkan ada yang mampu untuk bergerak lagi kehadapan pada akhirnya, dan ada juga yang memilih untuk mengikuti pasukan paling belakang akhirnya. Apa-apapun pengalaman lucu dan menarik dipecahan kumpulan ini tetap mudah untuk dikenang.

Cuaca pada pagi tersebut sangatlah cerah, tiada sedikitpun tanda-tanda hujan bakal turun untuk hari tersebut. Ini merupakan berita baik untuk kami dan guide sendiri memberi kepastian akan perkara tersebut. Meskipun bernasib baik dengan cuaca pada hari tersebut, kami tetap tidak lari dari masalah kepenatan.

Gambar peta bagi trek menaiki gunung. Kami menggunakan laluan Timpohon. Dan bakal berehat sekejap di kawasan Laban Rata Resthouse. Tapi bagi pasukan kamu, kami diurus untuk tinggal dikawasan perumahan staff.


Selama dalam perjalanan dari Timpohon ke kawasan Laban Rata, kemeriahan kami jelas kelihatan. Kami saling mengusik antara satu sama lain, bercerita hal hal no-brain-topic, membuat sesi bergambar dengan gaya-gaya tersendiri, mengambil gambar alam semulajadi, makan megi mentah, makan coklet dan biskut, mendengar radio yang dimainkan oleh Andy aka Gurangak menggunakan handphonenya, bertegur sapa dengan pelancong-pelancong lain, berhubung dengan orang jauh (line telefon ok). Bahkan sempat juga kami menari sumazau & tarian poco-poco (spontan tak dirancang) bermuzikkan lagu yang datangnya dari hendphone si Andy aka gurangak.

Tidak dilupakan juga pengalaman unik seperti berpeluang memberi makan kepada tupai-tupai semasa berada didua kawasan pondok selama dalam pendakian. Tupai-tupai tersebut sangatlah jinak, sehingga tupai-tupai tersebut tidak takut untuk merebut makanan yang dihulurkan di tangan kami.
Kami juga terserempak dengan salah sorang dari guide yang membawa seekor anak tupai terbang comel yang dijumpainya terjatuh.

Pondok Lowi merupakan tempat terdapatnya paling banyak tupai dalam perjalanan ke atas. Jika anda berada di kawasan ini, sediakan makanan kerana tupai-tupai suda terlebih dahulu menunggu.







Tupai jinak yang berada di Pondok Lowi.













Ini ialah anak tupai terbang yang diselamatkan oleh guide. Kami berpeluang untuk memegang tupai tersebut.











Chapter 13: 13 Feb 2009 jumaat,fasa terakhir dalam pendakian Timpohon ke kawasan Laban Rata.

Pada fasa terakhir perjalanan iaitu dari sekitar pondok Villosa ke pondok Paka dan seterusnya ke kawasan rehat Laban Rata, disini merupakan tempat majoriti pendaki kehabisan tenaga. Tidak heran jika pada kawasan ini, ramai yang cuma mampu bergerak sekitar 10 meter dan berhenti untuk berehat dan seterusnya bergerak 10 meter lagi dan berehat kembali.

Bahkan, ramai juga yang menghadapi tekanan mental dan fizikal disini. Ramai yang terfikir, alangkah baiknya jika ada helikopter untuk membawa mereka keluar dari kawasan itu, dan banyak juga yang mula merungut kenapa mereka memilih untuk mengikuti expidisi yang menyeksakan tersebut.


Untuk bercakap jujur, saya juga terfikir benda-benda seperti begini. Saya merungut kenapa saya mengikuti expidisi tersebut, sedangkan ada banyak lagi kawasan pelancongan tanah rata lain yang jauh lagi mudah. Saya berpisah daripada pasukan tengah dan mengambil masa rehat lagi lama sehingga menyertai pasukan paling belakang.

Dikawasan ini, jarak 10 meter jauh berbeza dengan
jarak 10 meter yang kita kenal dikawasan tanah rata. Pada kecondongan tanah kebanyakkannya 40darjah dari garisan horizontal, itu merupakan kecondongan yang patut dilalui oleh setiap pendaki.

Dengan usaha untuk terus melangkah perlahan-lahan, akhirnya kamipun (Saya, Lumis) sampai lah ke kawasan rehat Laban Rata. Disini, kami terus menghala ke kawasan restoran Laban Rata yang terletak ditingkat satu bangunan tersebut. Majoriti dari pasukan kami sudahpun sampai lebihkurang 1 jam sebelum saya dengan Lumis tiba ke restoran tersebut. Kini hanya tinggal 3 orang lagi yang belum sampai.

"Nokurogia : panat butul ehh, mati saja tidak ni. (dengan raut muka maksimum penat)"

Ini lah rungutan saya sebaik tiba ke meja tempat kawan-kawan lain menjamu hidangan mereka. Saya dengan lumis diberi menu makanan lalu mengambil order makanan. Ada banyak pilihan makanan dalam menu tersebut, tapi kesemua makanan berharga RM15 atau RM20, dan kesemua minuman berharga RM5.

Restoran tersebut penuh dengan pelancong pelbagai negara. Dan saya masih mengingati rupa-rupa pendaki wastern yang dengan mudah memintas kami dalam perjalanan tadi, mereka rata-ratanya jauh lagi cepat berbanding pendaki lain.

Sebaik selesai menghabiskan makanan, kami sekumpulan pun bergeraklah ke arah rumah staff yang hanya terletak lebihkurang 15meter dari rumah rehat Laban Rata. Disinilah tempat pasukan kami akan bermalam pada malam ini, sebelum memulakan semula pendakian pada pukul 2.00am tarikh berikutnya, 14Feb2009. Jam menunjukkan masa sudahpun 6.00PM dan suhu dikawasan tersebut berada pada purata 12darjah celcius.

No comments:

Post a Comment